Kerajaan Pertengahan Mesir_Purba

Sepanjang tempoh Kerajaan Pertengahan, tanggung jawab masyarakat lebih ditekankan, berbanding Kerajaan Lama. Walaupun Dinasti kesebelas tidak mampu menandingi kuasa bangsawan tempatan, Dinasti ke Duabelas yang berikutnya sekitar 1990 SM dan berakhir sekitar 1786 SM diperintah dengan gabungan dengan golongan pertengahan yang terdiri daripada pegawai, pedagang, seniman, dan petani. Gabungan ini menahan kaum bangsawan dan meletakkan asas bagi keamanan yang tiada tandingnya. Semasa pemerintahan Dinasti kedua belas terdapat perkembangan dalam keadilan masyarakat dan pencapaian pemikiran. Kerja awam yang memberi faedah kepada keseluruh penduduk seperti projek pengairan dan saliran, menggantikan pembinaan piramid yang tidak mempunyai kegunaan pratikal. Terdapat juga perubahan dalam keagamaan di mana orang biasa mampu mencapai keselamatan denganperbuatan moral yang baik dan bukannya melalui upacara yang bergantung kepada kekayaan seseorang. Berasaskan sebab-sebab di atas, zaman Dinasti keduabelas dianggap sebagai Mesir klasik atau zaman kegemilangan.